SHAH Pekan 10 years Alumni

Laporan Reunion Batch SPM 1999

Setelah semua komiti bekerja keras, maka disini terdapat berita baik dan berita buruk.

Berita Buruk (sapa nak baca berita baik dulu, baca dari bawah ke atas)

Pihak komiti ingin meminta maaf kepada semua orang diatas kegagalan pihak kami untuk menempah Mercu Beach Resort Kuantan.
Terdapat kesilapan teknikal dari pihak resort yang menyebabkan tempat tersebuat jatuh ke tangan orang lain.
Resort tersebut telah ditempah sepenuhnya (beserta bayaran penuh) oleh pihak tertentu.
Program lawatan ke sekolah terpaksa dibatalkan.
Program dipendekkan dari 3D2N kepada 2D1N.

Berita Baik

1- Venue yang lebih dekat.
Pihak komiti telah menempah PNB Ilham Resort, Port Dickson.
Secara tidak langsung, kos perjalanan dapat dikurangkan memandangkan ramai diantara kita tinggal di KL dan JB.

2- Harga yang lebih kompetatif
Harga untuk bujang hanya sebanyak RM 200
Harga untuk married couple sebanyak RM 350
Harga tersebuat termasuk breakfast, BBQ dinner dan photobook.
Baki akan dipulangkan kepada anda sekiranya kos sebenar kurang dari nilai di atas.

Apa yang perlu anda lakukan?

1- Daftar segera.
Sila nyatakan samada anda confirm atau tidak.
Anda hanya perlu membalas email ini ataupun SMS ke 012-789 7537

2- Bayar deposit
Untuk permulaan, pihak komiti ingin meminta bayaran pendahuluan sebanyak RM 100 (bujang) dan RM 150 (married couple).
Baki selebihnya boleh dibayar semasa check in.
Wang akan dikembalikan sekiranya anda tidak hadir.
Bayaran hendaklah dibuat kepada:

Maybank Account
Acc holder: Ikhwan Khairul Amilin bin Misron
Acc no: 1622 1832 4632 (Wadiah Saving Account)
Please retain the receipt as reference and send SMS (Reference No.) to 012 6641026 for confirmation.

3- Update
Sekiranya anda berpindah atau memiliki no telefon yang baru, sila nyatakan alamat dan no telefon anda kepada kami.

Pihak kami akan mengedarkan kad jemputan kepada semua ahli Batch SPM 1999.

4- Bantu kami
Pihak komiti ingin meminta jasa baik anda semua untuk menyumbang apa jua bentuk demi menjayakan reunion kita ini. Di antaranya:

a) Gambar-gambar lama semasa di Shah Pekan.
Jika anda memiliki gambar tersebuat, sila hantar kepada kami untuk dimuatkan didalam Photobook.

b) Sebarkan dan hangatkan berita ini.
Kami akan mengedarkan kad jemputan kepada semua orang. Akan tetapi pihak komiti juga ingin meminta jasa baik semua orang untuk mengajak dan mempengaruhi rakan2 kita yang lain untuk menyertai reunion kita ini.

Reunion sempena 10 tahun kita meninggalkan Shah Pekan hanya berlaku sekali dalam hidup anda.

c) Hadirkan diri anda.
Kehadiran anda semua adalah penentu kejayaan program reunion kita.

Kesimpulan:
Venue: PNB Ilham Resort, Port Dickson (Appartment)

Date: 2nd (Sat) – 3rd (Sun) May 2009
Price: RM 200 (Single) and RM 350 (married couple)
……………………………………………………………………………………

UPDATED ON 6 March 2009

RUMUSAN :

1- DUE DATE : 31 MAC 2009
- sila nyatakan samada anda hadir atau tidak sebelum tarikh tersebut
- sila buat bayaran pendahuluan sebelum tarikh tersebut

2- TTM (Teman Tapi Mesra)
- anda dibolehkan untuk membawa mana-mana warga luar utk hadir ke
reunion ini (ini bukan keputusan komiti)
- harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 150 seorang
- bilik berbeza (seperti kata kobeng)

3- BENDAHARI
- buat masa ini bendahari hanya ikhwan khairul amilin dan dibantu oleh hariz

4- AKTIVITI
- disebabkan oleh pertukaran tempat, pihak komiti belum dapat
menyiapkan jadual penuh aktiviti yang akan dilakukan.

5- TEMPAT TERHAD
- ingin diingatkan bahawa bilik yang telah ditempah adalah terhad.
Jadi, daftar dengan segera.

~ Jom Reunion ! ~

Saya yang menurut perintah,

Alwi Ashari

Leave a response

Your response: